Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Fatamorgana by Hijjaz:
Pulanglah kepada tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
(Korus)
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghayutkan yang terleka
Indah Fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat, dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan, ketakwaan kepadaNya senjata utama
(Ulang dari Korus)
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan Syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Ahkirat kekal selamanya pada Allah
Allah
Fatamorgana ni apa sebenarnya? Fatamorgana ni sebenarnya bayangan yang menipu. Selalunya dekat gurun pasir, fatamorgana menyerupai danau atau air atau
kota yang sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan
daripada udara panas. Udara panas ni yang berfungsi sebagai cermin.
Apa kaitan fatamorgana dengan kehidupan dunia? Apa yang saya cuba sampaikan ialah, zaman ini kita dapat lihat manusia mula dambakan dunia. Buktinya, semakin ramai yang takut mati. Contoh?
Situasi 1
Abu: (pandu kereta dengan kelajuan 180km/j)
Ali: Wei jangan laju sangatlah. Aku tak nak mati lagi.
Situasi 2
Siti: Kalau kau mati esok, kau dah bersedia ke?
Aminah: Apa mati-mati ni? jangan lah sebut. Aku tak nak mati lagi.
Sekarang ni, kita tak boleh nafikan situasi-situasi ni memang sering berlaku. Bahkan diri sendiri merasakan perkara yang sama. Kita takutkan mati, cintakan dunia. Dunia hanyalah sementara. Keindahan kehidupan didunia hanyalah fatamorgana. Kemanisan sebenar adalah akhirat yang abadi.
Di kesempatan ini, saya ingin mengajak rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang membaca untuk cuba mengingati kematian walaupun sekali sehari. Didik hati untuk cuba memaafkan setiap yang mengenali. Memaafkan tak semestinya sebab kita salah. Tapi tak dinafikan juga mungkin ada salah kita yang tanpa kita sedari. Jadi tiada ruginya saling memaafkan :)
Sekian itu sahaja. Mohon maaf andai ada kata-kata yang mengguris hati mana-mana pihak. Terima kasih kerana sudi baca. Salam alaikum dan salam sejahtera.

